Cikgu Norr
Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr

10 ORANG PERDANA MENTERI MALAYSIA


Seramai 10 individu penting telah dilantik bagi menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.


PERDANA MENTERI MALAYSIA PERTAMA


TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama berkhidmat antara 1955 hingga 1970.

Beliau merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama dari tahun 1955 hingga 1957.

Beliau digelarkan sebagai Bapa Kemerdekaan kerana telah mengetuai proses kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Dengan itu pada 31 Ogos 1957 kemerdekaan benar-benar menjadi milik kita.


PERDANA MENTERI MALAYSIA ke-2


TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN

Tun Abdul Razak bin Hussein berasal dari Pahang dan 12mula berkhidmat sebagai Perdana Menteri ke-2 Malaysia bermula September 1970 hingga Januari 1976.

Dasar Ekonomi Baru merupakan buah fikiran Tun Abdul Razak dengan tujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Malaysia demi mengatasi ketidakseimbangan ekonomi. Beliau telah diberi gelaran Bapa Pembangunan di atas jasanya kepada negara, khususnya kepada kawasan luar bandar.


PERDANA MENTERI MALAYSIA ke-3


TUN HUSSEIN ONN

Tun Hussein Onn mula berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-3 pada bulan Januari 1976 hingga Julai 1981.

Beliau telah digelar Bapa Perpaduan kerana sentiasa menekankan isu perpaduan melalui dasar untuk mewujudkan keseimbangan ekonomi antara pelbagai masyarakat di Malaysia. 


PERDANA MENTERI MALAYSIA ke-4



TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang doktor perubatan yang berasal dari Kampung Seberang Perak, Alor Setar, kedah. Beliau dilahir kan pada 10 Julai 1925.

Beliau mula memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4 bermula dari Julai 1981 hingga Oktober 2003. Beliau telah memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia paling lama iaitu selama 22 tahun.

Beliau telah diberi gelaran Bapa Pemodenan negara kerana telah berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara industri baru sepanjang 22 tahun menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia.


PERDANA MENTERI MALAYSIA ke-5


TUN ABDULLAH BIN AHMAD BADAWI

Tun Abdullah bin Ahmad Badawi mula berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5 dari tahun 2003 hingga 2009.


PERDANA MENTERI MALAYSIA ke-6


DATUK SERI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK

Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 bermula April 2009 hingga Mei 2018.

Beliau merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-2. Beliau telah digelar Bapa Transformasi.

PERDANA MENTERI MALAYSIA ke-7


TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dilantik sekali lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ke-8. Perlantikan beliau berkuatkuasa pada Mei 2018 hingga Februari 2020. 


PERDANA MENTERI MALAYSIA ke-8



TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Tan Sri Muhyiddin bin Yassin mula berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 pada Mac 2020 hingga Ogos 2021. 

PERDANA MENTERI MALAYSIA ke-9


DATUK SERI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB

Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 bermula Ogos 2021 hingga November 2022.


PERDANA MENTERI MALAYSIA ke-10


DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Perdana Menteri Malaysia ke-10 berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau yang dimaksudkan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 2022.





Post a Comment

1 Comments