Cikgu Norr
Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr

PROGRAM AWAL REMAJA SESI 2022/2023 SEKOLAH KEBANGSAAN SRI AMAN

 Assalamualaikum dan Salam Mesra,


Baru-baru ini Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Sri Aman telah menganjurkan Program Awal Remaja. Program ini dijalankan khas kepada murid-murid tahun 6. Program ini merupakan pendedahan awal kepada semua murid yang bakal memasuki fasa baru iaitu awal remaja.

Peralihan daripada zaman kanak-kanak ke zaman remaja merupakan satu proses yang amat penting dalam kehidupan seseorang individu. Pada fasa ini terdapat pelbagai perkara baharu atau perubahan yang berlaku dalam kehidupan individu sama ada dari segi fizikal, mental, mahupun emosi. Perubahan-perubahan ini sering kali menimbulkan ketakutan ataupun kegelisahan seseorang kanak-kanak yang sedang beralih ke fasa remaja. Oleh itu, pendedahan awal mengenai perubahan-perubahan dan cara-cara menyesuaikan diri terhadap perubahan tersebut adalah sangat penting.

Objektif utama program ini dijalankan adalah :

1.   Memberikan pendedahan mengenai perubahan diri apabila mencapai usia remaja. 

2.    Murid-murid juga mengikuti program ini adalah untuk membentuk kesedaran kepada murid untuk lebih bersedia menghadapi fasa peralihan ke  alam remaja. 

3.  Program awal remaja ini dijalankan adalah untuk membina pengetahun tentang cara menangani perubahan diri yang berlaku ketika transisi ke alam remaja.

4.   Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cabaran-cabaran yang akan mereka sebagai seorang remaja.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam Program Awal Remaja ialah perkongsian ilmu oleh Puan Nur Izati iaitu guru bimbingan dan kaunseling bagi kumpulan murid Perempuan. Manalaka kumpulan murid Lelaki, perkongsian ilmu diberikan oleh Ustaz Mohd Faizal Md. Kasim, guru pendidikan Islam, SK Sri Aman.


Murid turut melakukan aktiviti dalam kumpulan, sesi pembentangan hasil perbincangan dan sesi soal jawab. Murid diberi peluang menyatakan idea dan pendapat tentang penyelesaiana kepada isu atau masalah yang dibincangkan.








Semoga program ini dapat memberi ilmu dan pengalaman baru buat anak-anak didik tahun 6 yang tidak lama lagi akan menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah sekaligus melangkah kali ke alam remaja.

Di akhir program, murid diberikan sijil penyertaan sebagai tanda mereka telah menyertai program ini. Tidak lupa juga penceramah program juga disampaikan sijil sebagai penceramah dan sumbangan mereka dalam memastikan murid-murid ini mendapat ilmu sebaik-baiknya.













Sekian, terima kasih.


Post a Comment

0 Comments