Cikgu Norr
Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr

KADAR BAYARAN FIDYAH MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA TAHUN 2022/2023

 📝 Kadar Bayaran Fidyah Mengikut Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2022/2023


Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah BALIGH kerana meninggalkan puasa WAJIB atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (qada) Ramadan.

HUKUM MEMBAYAR FIDYAH

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Allah SWT berfirman: 

Maksudnya: (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.



Berdasarkan firman Allah ini, menunjukkan hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.



Berikut adalah Kadar Bayaran Fidyah Mengikut Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2022/2023

1. Kedah : RM1.80 -> Bayar fidyah online Kedah;

2. Perak : RM1.90 -> Bayar fidyah online Perak;

3. Selangor : RM2.00 (*RM2.00 / RM4.00 / RM6.00 ikut jenis
   beras dimakan) -> Bayar fidyah online Selangor;

4. PahangRM1.75 ->Bayar fidyah online Pahang;

5. Pulau PinangRM1.75 ->Bayar fidyah online Pulau Pinang;

6. Terengganu : RM1.75 -> Bayar fidyah online Terengganu;

7. Melaka : RM 1.80 -> Bayar fidyah online Melaka;

8. Johor : RM 1.75 -> Bayar fidyah online Johor;

9. Kelantan : RM1.75 -> Bayar fidyah online Kelantan;

10. Sabah : RM1.75 -> Bayar fidyah online Sabah;

11. Negeri Sembilan : RM1.75 -> Bayar fidyah online 

12. Sarawak : RM1.75 -> Bayar fidyah online Sarawak;

13. Perlis : RM5.00 ->Bayar fidyah online : Perlis

14. Wilayah Persekutuan : RM4.00 -> Bayar fidyah online :


PENGIRAAN FIDYAH

Bagi membantu kiraan kadar fidyah buat, kita boleh menggunakan kalkulator fidyah 2023 mengikut negeri:

1.  Kalkulator fidyah Melaka;

2. Kalkulator fidyah Pahang;

3. Kalkulator fidyah Johor;

4. Kalkulator fidyah Kedah;

5. Kalkulator fidyah Perak;

6. Kalkulator fidyah Kelantan;

7. Kalkulator fidyah Selangor;

8. Kalkulator fidyah Sarawak;

9. Kalkulator fidyah Terengganu;

10. Kalkulator fidyah Negeri Sembilan.


Semoga bermafaat dan jangan lupa membayar fidyah.




Post a Comment

0 Comments