Cikgu Norr
Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr

BUKU PROGRAM MAJLIS APRESIASI MURID

 Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Apa khabar semua ? Cikgu Nor doakan sahabat-sahabat semua berada dalam keadaan yang baik dan dimudahkan segala urusan hendaknya. In Shaa Allah.

Hari ini Cikgu Nor hendak berkongsi Buku Program Majlis Apresiasi Murid yang telah cikgu siapkan untuk majlis di sekolah cikgu baru-baru ini.


Atas persetujuan bersama, tema yang dipilih adalah tema songket. Jadi Cikgu telah meletakkan background songket sebagai background dan sedikit hiasa bermotifkan songket dibahagian tepi. Buku program ini ringkas sahaja tidak terlalu banyak hiasan sampingan.

Cikgu menggunakan Microsoft Publisher untuk menyediakan buku program yang berbentuk booklet ini kerana mudah, cepat dan tersusun elok dah. Tak perlu dah kita nak pening-pening untuk set up templatenya.

Design A

Selain itu, Cikgu Nor juga hasilkan satu lagi design Buku Program Majlis Apresiasi Murid dengan corak background yang lain. Juga masih mengekalkan motif songket seperti yang telah dipersetujui.

Design B





Anda boleh klik di awah untuk muat turun kedua-dua template Buku Program ini sekiranya ia sesuai untuk kegunaan majlis atau program yang hendak dilaksanakan.




Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua yang memerlukan. In Syaa Allah. Terima kasih.

Post a Comment

0 Comments