Cikgu Norr
Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr

Menteri Pendidikan Malaysia Baharu


Tahniah YB Fadhlina Binti Sidek atas pelantikan sebagai Menteri Pendidikan yang baharu.

Selamat menjalankan amanah yang diberikan. Semoga YB Fadhlina binti Sidek dapat membawa angin segar dalam sistem pendidikan Malaysia ke arah yang lebih berkualiti dan cemerlang.

BIODATA MENTERI PENDIDIKAN  BAHARU 

Nama : Fadhlina Binti Sidek

Status : Berkahwin. Suami, Mohd Fadzli Arsad dan dikurniakan enam cahaya mata.

Profesion : Peguam Syarie dan memiliki firma guamana sendiri, Tetuan Fadhlina Siddiq & Associates.

Pendidikan : Pemegang Ijazah Sarjana Undang-Undang UKM dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Politik : Ahli Parlimen Nibong Tebal serta Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Malaysia dan Majlis Pimpinan Keadilan Pulau Pinang.

Aktivis : Aktivis NGO yang lantang memperjuangkan isu wanita dan kanak-kanak termasuk undang-undang anti gangguan seksual. Perjuangan beliau  juga termasuk menaikkan had umur bagi perempuan Islam dari 16 tahun hingga 18 tahun.

Itulah serba sedikit biodata Menteri Pendidikan kita yang baharu, YB Fadhlina Sidek. Apa yang boleh meyakinkan kita sebagai rakyat, YB Fadhlina agak popular dalam kalangan tokoh pendidikan negara kerana ayahandanya bukan calang-calang.

Beliau merupakan anak kepada Tokoh Ilmuan Nusantara dan Dunia, yang merupakan juga Pengasas Angkatan belia Malysia (AIM), Almarhum Profesor Dato’ Dr. Siddiq Fadzil.


Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara . Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana uasaha membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang dua tahun akan datang. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kauliti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad terkini.

Pendidikan merupakan satu usaha yang terancang, berstruktur dan sistematik dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif bagi mengembangkan potensi diri anak-anak bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. 



Post a Comment

0 Comments