Cikgu Norr
Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr

BLOGGER PENDIDIKAN MENDEPANI CABARAN DUNIA PENDIDIKAN DIGITAL DI MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dunia pendidikan digital semakin berkembang. Malaysia juga tidak terkecuali dalam arena dunia pendidikan digital. Pelbagai usaha harus digerakkan untuk merealisasikan pendidikan digital yang mampan di negara kita. 

Bagi merealisasikan pendidikan digital Malaysia, Akademi Youtuber mengambil inisiatif untuk membentuk komuniti guru yang mempunyai ilmu dan daya usaha ke arah pendidikan digital. Pada awalnya ia kelihatan seperti biasa-biasa, namun ia menjadi luar biasa apabila segala usaha digandingkan bersama dengan satu tujuan iaitu memperbanyakkan bahan pandidikan digital yang ketika itu negara dilanda penularan COVID-19 dan menyebabkan sekolah terpaksa ditutup. Tetapi, pendidikan anak-anak perlu diteruskan melalui pembelajaran di rumah. 


Cikgu Muhammad Suffi Yusof
(Pengasas Akademi Youtuber)


Cikgu Zuly Rahimie
(Ketua Jurulatih Akademi Youtuber Malaysia)

Saksikan temuramah khas bersama pengasas Akademi Youtuber Cikgu Suffi dan ketua jurulatih Akademi Youtuber Malaysia, cikgu Zuly Rahimie di rancangan Selamat Pagi Malaysia.






Post a Comment

0 Comments