Cikgu Norr
Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr

BAHASA MELAYU : KATA BILANGAN

 PENGGUNAAN KATA BILANGAN

Kata bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan jumlah sesuatu. Kata bilangan digunakan di hadapan frasa nama. Terdapat beberapa jenis kata bilangan, iaitu:

1. Kata bilangan tentu
Contoh: dua, dua puluh, satu ribu, satu juta

-> Kata bilangan tentu dan kata bilangan himpunan mesti diikuti penjodoh bilangan.

-> contohnya:

  • Saya ada dua rumah. (X)
  • Saya ada dua buah rumah. (/)
  • Ali ada satu ribu anak pokok kelapa sawit. (X)
  • Ali ada satu ribu batang anak pokok kelapa sawit. (/)

2. Kata bilangan tak tentu
Contoh: segala, semua, para, seluruh, sekalian, sesetengah, sedikit, beberapa, banyak

-> Kata nama selepas kata bilangan tak tentu yang membawa maksud jamak tidak perlu digandakan.

-> Contohnya :

  • Semua penduduk-penduduk (X)
  • Semua penduduk (/)
  • Beberapa penduduk-penduduk (X)
  • Beberapa orang penduduk (/)

3. Kata bilangan pisahan
Contoh: setiap, tiap-tiap, masing-masing

-> Kata bilangan pisahan ‘setiap’ tidak perlu dikuti penjodoh bilangan. Penggunaan tiap hendaklah digandakan menjadi tiap-tiap atau setiap.

-> Contohnya:

  • Harga setiap buah rumah adalah sama (X)
  • Harga setiap rumah adalah sama (/)

4. Kata bilangan pecahan
Contoh : suku, separuh, setengah, sepertiga

5. Kata bilangan himpunan
Contoh: beratus-ratus, berhari-hari, berminggu-minggu,
            berguni-guni

->  Menunjukkan bilangan yang tertentu.
->  Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan.
->  Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan.
->  Contohnya :
  • Tauke Lim menjual berbakul-bakul durian setiap tahun.
  • Keempat-empat anak mak cik Senah telah meninggal dalam kemalangan ngeri itu.

6. Kata bilangan tingkat (ordinal)
Contoh : pertama, ketiga, kesepuluh

Jom buat latihah QUIZIZZ...

(Sila klik pada gambar)
Jom buat latihan di bawah ini pula....Selamat Berjaya..

Post a Comment

12 Comments