Buat pertama kalinya selama saya bergelar guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), minggu pertama persekolahan sesi 2023/2024 tidak dimulakan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) atau kelas akademik. Terasa ada kelainannya di situ di mana pengisian pada minggu pertama persekolahan adalah dengan penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek.
Antara pendekatan yang dikenal pasti boleh dilaksanakan ialah pendekatan didik hibur dan pembelajaran berasaskan projek yang mudah.
Penerapan niali-nilai jasmani, emosi, rohani dan sosial diberi keutamaan terlebih dahulu bagi membentuk murid-murid yang beradab, berakhlak dan berintegriti.
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN MULAI SESI AKADEMIK TAHUN 2023/2024 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SPI KPM Bil.5/3023
0 Comments