Cikgu Norr
Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr

BAHASA MELAYU : KATA GANDA



Kata ganda terbahagi kepada empat , iaitu:

1. Kata ganda penuh
2. Kata ganda separa
3. Kata ganda berentak
4. Kata ganda berimbuhan

1. Kata Ganda Penuh

  • Kata ganda penuh adalah kata dasar yang diulang atau digandakan sepenuhnya dan menggunakan tanda sempang “-“ 
  • Terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata keterangan
  • Tiada sebarang perubahan bentuk dan kata ada yang bermaksud jamak, tunggal atau kedua-duanya. 
  • Contohnya, meja-meja, baju-baju, benar-benar, budak-budak, jarang-jarang dan pokok-pokok

2. Kata ganda separa
  • Kata ganda separa adalah kata yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya. 
  • Kata dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya.
  • Bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf e
  • Terdiri daripada kata nama.
  • Contohnya, lelayang, kekuda, sesiku, bebola, jejari

3. Kata ganda berentak
  • Kata ganda berentak bermaksud kata dasar yang diulang dengan mengalami penyesuaian bunyi atau rima hampir sama di pangkal, hujung atau seluruhnya.
  • Contoh persamaan bunyi di pangkal, beli-belah, bengkak-bengkok, gerak-geri.
  • Contoh persamaan bunyi di hujung, cerai-berai, gotong-royong, kaya-raya.
  • Contoh persamaan bunyi di seluruhnya, gopoh-gapah, gunung-ganang, huru-hara.

4. Kata ganda berimbuhan
  • Akhir sekali, berimbuhan merupakan kata yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan sisipan atau akhiran.
  • Contoh awalan, melompat-lompat, menjerit-jerit, bermain-main, tergesa-gesa.
  • Contoh apitan, bertolak-tolak, setidak-tidaknya, tergila-gilakan, menghuru-harakan.
  • Contoh sisipan, turun-temurun, gilap-gemilap, tulang-temulang.
  • Contoh akhiran, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, wangi-wangian, terang-terangan

LATIHAN 1:

Kata Ganda, an interactive worksheet by 88437153
liveworksheets.com

LATIHAN 2:
Kata ganda, an interactive worksheet by dewiayu94
liveworksheets.com

Jom buat lagi latihan yang lain :

Klik di sini -> Latihan 3
Klik di sini -> Latihan 4
Klik di sini -> Latihan 5
Klik di sini -> Latihan 6

Post a Comment

11 Comments