Cikgu Norr
Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr

SEJARAH TAHUN 6 | UNIT 8 : KEMAJUAN EKONOMI MALAYSIA (KEGIATAN EKONOMI PENDORONG KEMAJUAN NEGARA)

 

Negara kita mempunyai pelbagai kegiatan ekonomi yang penting untuk kemajuan dan kesejahteraan rakyat. Antara kegiatan ekonomi utama ialah industri getah dan kelapa sawit, petroleum dan gas, automotif serta pelancongan. Setiap industri memainkan peranan besar dalam menjana pendapatan negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.


🌏 Kegiatan Ekonomi Pendorong Kemajuan Negara

1. Industri Getah dan Kelapa Sawit

  • Dijalankan secara perladangan besar.
  • Meningkatkan pendapatan negara melalui eksport.
  • Memberi peluang pekerjaan dan menambah pendapatan kepada rakyat.
  • Menggalakkan industri hiliran (kegiatan sampingan) seperti pembuatan perabot dan sarung tangan.
  • Memajukan industri Asas Tani - meningkatkan pengeluaran bahan makanan tempatan dan menambah pendapatan rakyat.
  • Menghasilkan industri biodiesel sebagai bahan api alternatif - Industri kelapa sawit banyak menghasilkan biodiesel sawit.

2. Industri Petroleum dan Gas

  • Bermula di Miri, Sarawak pada tahun 1910.
  • Syarikat utama: PETRONAS (1974).
  • Menyediakan pekerjaan dan biasiswa kepada rakyat.
  • Meningkatkan pendapatan negara melalui eksport minyak dan gas.
  • Menjadi penaja utama acara sukan seperti Grand Prix Malaysia.

3. Industri Automotif

  • Bermula pada tahun 1983 dengan penubuhan PROTON.
  • Diikuti oleh PERODUA pada tahun 1993.
  • Menghasilkan kereta buatan Malaysia seperti Proton Saga dan Perodua Kancil.
  • Mengurangkan kebergantungan negara terhadap import kenderaan.
  • Meningkatkan teknologi dan ekonomi negara.

4. Industri Pelancongan

  • Menjadi penyumbang besar kepada kemakmuran negara.
  • Malaysia terkenal dengan keindahan alam semula jadi, budaya dan sejarah.
  • Tarikan utama: Pulau Langkawi, Gua Niah, A’ Famosa, Gunung Kinabalu dan lain-lain.
  • Jenis pelancongan: 
       1. Agropelancongan (ladang & pertanian)
      2. Pelancongan budaya (makanan & adat)
      3. Pameran antarabangsa (LIMA, Festival Muzik Dunia
         Rainforest)

Kenapa pentingnya Kegiatan Ekonomi untuk negara?

  • Menjana pendapatan negara.
  • Memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.
  • Meningkatkan taraf hidup dan kemajuan negara.
  • Mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar negara.

Kegiatan ekonomi seperti industri getah, kelapa sawit, petroleum, automotif dan pelancongan sangat penting untuk kemajuan dan kemakmuran Malaysia. Kita mesti berusaha menjadi rakyat yang berilmu, rajin dan bertanggungjawab agar ekonomi negara terus maju.


Sumber : Buku Teks Sejarah Tahun 6 KSSR Semakan 2017


>Klik di sini untuk menjawab kuiz interaktif<




KUIZ 4 

Post a Comment

0 Comments