Cikgu Norr
Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr

SEJARAH TAHUN 6 | UNIT 9 : SUKAN KEBANGGAAN MALAYSIA (Peranan Sukan sebagai Alat Perpaduan)


Sukan bukan sahaja penting untuk kesihatan, tetapi juga menjadi alat untuk menyatukan rakyat. Melalui aktiviti sukan, rakyat daripada pelbagai kaum, agama dan negeri dapat berkumpul, bekerjasama dan berkenalan antara satu sama lain. Semangat ini dapat mengukuhkan perpaduan dan keharmonian dalam negara kita.

STANDARD KANDUNGAN:
12.3 Sukan Kebanggaan Malaysia

STANDARD PEMBELAJARAN :
12.3.2 Menerangkan peranan sukan sebagai alat perpaduan.


Menggalakkan kerjasama antara kaum

Program seperti Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) menggalakkan murid pelbagai kaum terlibat dalam aktiviti sukan bersama. Ini dapat membina semangat kerjasama dan saling memahami antara satu sama lain.

Membentuk semangat kesukanan dan perpaduan nasional

Melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S), setiap murid digalakkan mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Aktiviti ini menanam nilai kesukanan, hormat-menghormati dan semangat bersatu padu dalam kalangan murid.

Mencungkil bakat dan memupuk perpaduan di peringkat sekolah

Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) menghimpunkan pelajar dari seluruh negeri, sekali gus mengeratkan hubungan antara kaum dan negeri melalui persaingan yang sihat.



Mengukuhkan keharmonian di peringkat kebangsaan

Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) menjadi pentas besar untuk menghimpunkan atlet dari pelbagai negeri dan kaum. Mereka bersaing dengan semangat kesukanan yang tinggi, yang membantu mengukuhkan perpaduan dan identiti nasional.

Menggalakkan penyertaan pelajar institusi pengajian tinggi

Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) turut menjadi platform yang mempertemukan pelajar universiti pelbagai kaum dan latar belakang, sekali gus memupuk semangat setiakawan dan keharmonian.

Menyemai semangat inklusif dalam kalangan masyarakat

Semangat inklusif maksudnya kita tak pilih kasih. Semua orang boleh ambil bahagian dan rasa diterima.” Sukan Paralimpik Malaysia pula menunjukkan bahawa semua rakyat, termasuk Orang Kurang Upaya (OKU), berpeluang menyertai aktiviti sukan. Hal ini menunjukkan semangat inklusif dan saling menghormati antara masyarakat. “


Kesimpulannya, sukan memainkan peranan penting dalam menyatupadukan rakyat Malaysia. Melalui sukan, kita dapat belajar bekerjasama, saling menghormati dan menghargai perbezaan antara kaum. Oleh itu, semua rakyat harus menyertai aktiviti sukan agar perpaduan dan keharmonian negara dapat terus dikekalkan.

Aktiviti sukan di sekolah dilihat dapat mengeratkan hubungan antara murid pelbagai kaum. Murid belajar bekerjasama, menghormati rakan dan bermain secara adil. Apabila semua murid bersatu hati dalam sukan, suasana sekolah menjadi lebih harmoni dan ceria.

Post a Comment

0 Comments