SOALAN: Tulis sebuah karangan cerita bertajuk "Kejadian kebakaran di Rumah Jiran". Panjang karangan kamu mestilah 50 hingga 80 patah perkataan sahaja.
Murid-murid boleh menulis karangan menggunakan "Teknik Burger". Teknik ini membantu murid untuk mengetahui berapa isi penting yang perlu dimasukkan ke dalam satu perenggan.
Masih terdapat murid yang tidak tahu berapa perenggan yang mereka perlu buat untuk menulis karangan. Oleh itu, melalui Tekni Burger, murid mudah ingat bahawa karangan perlu ada 5 perenggan iaitu
- PENDAHULUAN
- ISI 1
- ISI 2
- ISI 3
- PENUTUP
Sebelum menulis karangan lengkap, murid perlu mencari idea untuk dimasukkan dalam karangan. Setiap isi perlu ada idea utama dan huraiannya.
Masukkan juga penanda wacana yang sesuai untuk menjadikan karangan anda lebih menarik dan dinamik. Antara penanda wacana yang biasa digunakan adalah:
- 1. Kemudian,
- 2. Di samping itu,
- 3. Tambahan pula,
- 4. Oleh itu,
- 6. Selain itu,
- 7. Akhir sekali
- 8. Kesimpulannya
Setelah mencatat Pendahuluan, Isi 1, Isi 2, Isi 2 dan Penutup, murid boleh mula menulis karangan lengkap.Berhati-hati semasa menulis untuk mengelakkan kesalahan tanda baca dan kesalahan ejaan.

.png)
.png)
.png)
.png)

.png)
0 Comments