Cikgu Norr
Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr

CABARAN BARU DI TAHUN BARU 2023


السلام عليكم


Memiliki blog pendidikan dengan domain sendiri adalah impian sejak dulu lagi. Namun, impian itu tersimpan lama di lubuk hati yang dalam. Alhamdulillah, penutup tahun 2022 telah membuka laluan buat Cikgu Nor untuk merialisasikan impian ini. 

Pada tahun 2020 hingga kini Cikgu Nor bergiat aktif sebagai Youtuber Pendidikan dengan mewujudkan Channel Youtube sendiri yang dikenali dengan nama  https://www.youtube.com/c/CikguNorainiOthman yang kini telah mencecah 18, 172 Subscribers dengan lebih 1 juta tontonan dengan pelbagai pengisian terutamanya bagi matapelajaran Sejaran dan Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Harapan besar yang Cikgu Nor pertaruhkan melalui Channel Youtube ini adalah untuk membantu mewarnai dunia pendidikan digital negara, sekali gus membantu menyebarluaskan ilmu tanpa sempadan.

Kini, Cikgu Nor sekali lagi menaruh harapan dan impian yang besar mahu menjadikan Blog www.cikgunorainiothman.com sebagai hub pendidikan yang dapat memberi manfaat buat semua orang terutamanya murid-murid anak-anak pelajar semua.

Doakan agar semangat ini tidak akan pernah luntur walau apa jua cabaran yang datang dalam menghasilkan pengisian-pengisian berguna buat semua khususnya buat anak-anak pelajar.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan Akademi YouTuber Malaysia dan seluruh keluarga AYU di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam menyahut cabaran dunia pendidikan digital.

Di sini Cikgu Nor ingin merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan semua yang sudi menerima buah tangan daripada Cikgu Nor ini untuk semua. Sokongan anda pencetus semangat yang sentiasa mekar hijau. In Sya Allah.

Ikhlas Daripada:
💚Cikgu Nor💛

Post a Comment

9 Comments