Cikgu Norr
Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr

YOUTUBER PENDIDIKAN AYU

 Assalamualaikum dan Salam Mesra,


Alhamdulillah, sudah menerima sekeping sijil yang sangat ceria dan menjadi bukti kesungguhan berusaha demi anak bangsa.

Kesibukan dengan urusan tugas hakiki dan kehidupan perbadi tidak menjadi penghalang untuk terus menimba ilmu bagi menvariasikan kaedah  pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) agar seiring dengan perkembangan pendidikan semasa yang terarah kepada penggunaan teknologi digital di mana-mana sahaja.

Takkan berganjak jika tidak cabar diri untuk upgrade diri dengan pelbagai ilmu baru tentang pendidikan digital dengan bimbingan oleh Cikgu Suffi (Youtuber Manager)Cikgu Zuly (Jurulatih AYU), Cikgu Yuhanisah (Ketua Panitia Sejarah Sekolah Rendah)  dan Cikgu LK (Ketua Panitia Bahasa Melayu Sekolah Rendah) dan semua rakan-rakan AYU. 

Bermula dengan kosong ilmu di dada tentang pendidikan digital, kini saya memiliki Channel Youtube https://www.youtube.com/c/CikguNorainiOthman dan blog pendidikan dengan domain sendiri www.cikgunorainiothman.com . Terdapat pelbagai bahan pendidikan yang sesuai dijadikan salah satu bahan rujukan buat anak-anak pelajar.

Beberapa anugerah dan pengiktirafan telah diterima sepanjang berkecimpung dalam Akademi Youtuber Malaysia (AYU) mulai tahun 2020. Di antaranya Anugerah Youtuber Pendidikan (2021), Anugerah Khas Pendidikan (Pencipta Kandungan Digital) Peringkat Daerah Timur Laut, Anuegarah Khas Pendidikan (Pencipta Kandungan Digital) Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Ribuan ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat Tuan Guru Besar SK Sri AmanEncik Yusri Razali dan seluruh warga sekolah atas sokongan padu yang tiada titik noktahnya. Pincang langkah saya andai tiada sokongan padu daripada mereka semua.

Terima kasih Akademi Youtuber!
"Sendirian kita biasa, bersama jadi luar biasa"

#kitabantukita
#AdikBeradikAYU


Layari Akademi Youtuber Malaysia untuk maklumat lanjut:


Channel Youtube Cikgu Noraini Othman :

Post a Comment

5 Comments