Cikgu Norr
Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr

Amalan di Bulan Rejab 1444 Hijriyyah


Bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam ini adalah merupakan Syahrullah (Bulan Allah), bulan yang sangat dimuliakan dan amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang mencari kebajikan. Rejab merupakan pintu gerbang kepada bulan-bulan mulia yang bakal menyusul, iaitu Bulan Syaaban, Ramadan dan juga Syawal.


Doa awal bulan Rejab

Bulan Rejab 1444 Hijriyyah tahun ini bermula pada hari Isnin (23 Januari 2023). Ketika memasuki bulan Rejab, umat Islam disunatkan untuk membaca doa Rejab. Umat Islam yakin bahawa bulan Rejab memiliki kemuliaan tersendiri.

Berikut adalah doa awal bulan Rejab:

أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان

Allahumma barik lana fi rajaba wa sya’bana wa balighna Ramadhana


Artinya : Ya Allah, berkahilah umur kami di bulan Rajab dan Syaban, serta sampaikanlah (umur) kami hingga bulan Ramadhan.


Bulan Rejab adalah antara bulan yag dimuliakan oleh Islam dengan pelbagai amalan sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan. Persediaan menyambut kedatangan Ramadan dibuat pada bulan Rejab bagi meningkatkan ketakwaan sesorang mukmin.


Peristiwa bulan Rejab:

Banyak peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah antaranya:

(1) Peristiwa Isra’ Mikraj.

Peristiwa agung 27 Rejab iaitu Baginda Rasulullah S.A.W telah diperjalankan oleh Allah dari Makkah ke Baitul Maqdis di waktu malam dan ketika itu juga sekali lagi dibelahnya dada Baginda Rasul S.A.W. Kemudian diangkatnya Baginda Rasul ke langit bertemu Allah, dan Allah telah memerintahkan kewajipan ibadah solat 5 waktu kepada umat Baginda Rasul.

(2) Penghijrahan pertama ke Habsyah.

Akibat ditekan oleh Musyrikin Makkah, para Sahabat mengadu kepada Baginda Rasulullah S.A.W, lalu Baginda Rasul menyarankan umat Islam berhijrah buat kali pertama ke Wilayah Habsyah walaupun Raja Habsyah ketika itu bukanlah seorang Muslim, namun Raja Habsyah seorang yang baik dan menjamin keselamatan orang Islam.

(3) Peperangan Tabuk.

Berlaku pada tahun 9 Hijrah, dan tiada pertempuran apabila tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan serta kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi sebarang kesukaran, menempuh musim panas, terik, serta lokasi Tabuk yang sangat jauh (di antara Hijjaz dan Syam).

(4) Imam Syafie meninggal dunia.

Beliau merupakan salah seorang dari empat imam mazhab besar dalam dunia feqah dan pengasas kepada Mazhab Syafie. Beliau berasal dari Gaza dan dilahirkan juga pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan tahun pemergian Imam Abu Hanifah.

(5) Pembebasan kedua Baitul Maqdis.

Tentera Islam yang dipimpin oleh Solahuddin Al-Ayubi telah Berjaya menawan kembali Baitul Maqdis kali kedua (583 Hijrah) menewaskan tentera Salib yang menjajah kawasan tersebut selepas pembukaan pertama oleh Saidina Umar Al-Khattab R.A.

Amalan di bulan Rejab

Pada bulan Rejab, terdapat beberapa amalan yang dituntut untuk dilakukan. Antaranya ialah 

1. menghidupkan dengan Qiamullail seperti solat sunat
2. membaca al-Quran
3. berzikir
4. beristighfar
5. berselawat ke atas Nabi S.A.W
6. berdoa 
7. berpuasa sunat dan bersedekah

Seseorang boleh mengamalkan kesemua amalan ini dan tidak menetapkan bahawa amalan ini mesti dilakukan pada bulan Rejab sahaja. Amalan-amalan ini bertujuan untuk mengamalkan ajaran Islam yang menggalakkan umatnya meningkatkan amal soleh dan sebagai bekalan menuju Allah S.W.T.

Puasa Di Bulan Rejab

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:  “Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.” 

Lafaz Niat Puasa Bulan Rejab

Niat puasa sunat rejab adalah seperti berikut:

Nawaitu Shouma Ghodin Fii Syahri Rajabi Sunnatan Lillahi Taala 


Kesimpulannya, semoga kita dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan, juga bersiap menyambut datangnya bulan suci Ramadan.

Wallahua'lam

Post a Comment

1 Comments