Cikgu Norr
Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr

CONTOH ULASAN GURU UNTUK PELAPORAN MURID

 


Terdapat banyak ayat mudah yang boleh digunakan untuk guru menulis ulasan untuk menaikkan semangat murid agar lebih bersungguh-sungguh dalam meningkatkan potensi diri pada masa akan datang. 

Antaranya ialah :

🏆 Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang. Teruskan berusaha bersungguh-sungguh untuk terus mencapai kecemerlangan pada masa akan datang dengan penuh gemilang.

🏆 Tahniah diucapkan atas pencapaian dan prestasi yang cemerlang. Tingkatkan usaha untuk terus cemerlang dalam segala bidang pada masa akan datang.

🏆 Anda lakukan yang terbaik. Syabas diucapkan di atas pencapaian yang baik. Teruskan berusaha bersungguh-sungguh demi sebuah kejayaan yang sedang menanti.

🏆 Usaha tangga kejayaan. Tahniah di atas pencapaian yang baik. Cikgu doakan anda akan menjadi murid yang cemerlang. Teruskan usaha.

🏆Tahniah, anda memiliki pencapaian yang baik. Namun begitu, tingkatkan usaha untuk mencapai prestasi yang cemerlang.

🏆 Anda seorang yang berpotensi untuk menjadi seorang yang berjaya. Tingkatkan usaha, fokus kepada matlamat untuk mencapai kejayaan. Cikgu yakin, anda boleh!

🏆 Anda seorang pelajar yang rajin dan berpotensi menjadi orang yang berjaya. Tingkatkan usaha untuk mencapai prestasi yang cemerlang.

🏆 Anda pasti berjaya sekiranya anda berusaha bersungguh-sungguh kerana anda memiliki potensi yang sangat baik. Tingkatkan usaha untuk mencapai kejayaan.

🏆 Keputusan anda berada di tahap sederhana. Tingkatkan usaha untuk mencapai prestasi yang cemerlang.

🏆 Usaha anda telah menunjukkan hasil yang baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

🏆 Tingkatkan usaha. Pasti keputusan anda lebih baik dan cemerlang.

🏆 Usaha mesti berterusan demi menjamin keputusan yang lebih baik di masa akan datang.

🏆 Tingkat usaha. hargailah masa dan penuhi masa dengan belajar bersungguh-sungguh demi masa depan yang cerah.

🏆 Kebolehan anda boleh digilap lagi. Teruskan usaha untuk menggengam kejayaan di masa akan datang.

🏆 Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya, Tingkatkan keyakinan diri dan teruskan usaha bersungguh-sungguh demia sebuah masa depan yang cerah.

🏆 Keputusan prestasi anda sungguh memberangsangkan. Tingkatkan usaha dan positifkan minda untuk kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan.

🏆 Anda seorang yang tekun dan berkeupayaan untuk mencapai prestasi yang baik dan cemerlang. Oleh itu, berusahalah secara berterusan agar kejayaan yang cemerlang menjadi milik anda.

🏆 Prestasi anda setakat ini memuaskan. Anda mampu mencapai prestasi cemerlang jika anda tingkatkan usaha secara berterusan tanpa mengenal erti putus asa.Selamat maju jaya.

🏆 Prestasi anda setakat ini memuaskan. Tingkatkan usaha. Anda mampu lakukan yang terbaik demi masa depan yang cemerlang.

🏆 Anda seorang murid yang berpotensi dan berbakat besar. Berikan tumpuan ketika belajar di dalam kelas dan buat ulangkaji pelajaran selalu. Anda pasti menjadi murid yang cemerlang.

🏆 Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang.  Teruskan berusaha untuk  kejayaan lebih cemerlang untuk masa depan yang gemilang.

🏆 Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan usaha dengan lebih gigih untuk kejayaan lebih baik.

🏆Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang.

🏆 Pencapaian anda pada tahap yang memuaskan. Berikan lebih tumpuan kepada mata pelajaran tertentu.

🏆 Kejayaan tertakluk kepada daya usaha anda. Oleh itu tingkatkan usaha anda untuk kejayaan yang lebih baik daripada hari ini.

🏆 Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang  lebih baik.

🏆Tingkatkan usaha anda. Anda pasti akan berjaya dengan lebih baik daripada hari ini ………….

🏆Hargailah masa dan tingkatkan usaha anda.

🏆Pencapaian masih lemah. Tingkatkan usaha dan ubah sikap demi masa depan anda.

🏆Hargailah masa dan buangkan sikap kerap ponteng kelas.Pencapaian memuaskan. Teruskan usaha anda. Anda pasti berjaya.

🏆Berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.

🏆Pencapaian agak lemah. Perlu lebih banyak mengulangkaji pelajaran.

🏆Jangan jadikan kekurangan sebagai beban, itu hanya akan membuatmu sulit untuk berlari mengejar impianmu

🏆Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan sepenuhnya tumpuan ketika belajar.

🏆Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.

🏆Tanamkan minat sentiasa mahu belajar dan teruskan usaha.

🏆Kebolehan anda boleh digilap lagi. Teruskan usaha anda untuk lebih berjaya.

🏆Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya.

🏆Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik. Mampu menguasai dan  memahami apa yang diajar oleh guru dengan   baik dan berfokus. Berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Tingkatkan usaha anda

🏆Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

🏆Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di  dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.

Sekian, terima kasih.

Post a Comment

9 Comments

  1. terima kasih. banyak membantu saya untuk mengisi komen di idme. semoga dipermudahkan Allah selalu. aamiin

    ReplyDelete
  2. salam cikgu. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  3. terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian ini cikgu. Sangat membantu. Mohon halalkan ya😁

    ReplyDelete
  5. terima kasih cikgu atas perkongsian

    ReplyDelete
  6. terima kasih Cikgu kerana memudahkan kami, mencambah idea ulasan

    ReplyDelete
  7. terima kasih cikgu atas perkongsian..izinkan ya untuk gunakan contoh2 ulasan yang cikgu kongsikan ni ya...semoga Allah sentiasa melipatgandakan rezeki cikgu dan dipermudahkan urusan cikgu sekeluarga..aamiin

    ReplyDelete
  8. Terima kasih cikgu atas perkongsian ulasan. Terbaik. Semoga Allah memberikan ganjaran pahala buat cikgu yg byk membantu cikgu-cikgu lain

    ReplyDelete
  9. Terima kasih cikgu atas perkongsian..... Semoga Allah permudahkan urusan cikgu

    ReplyDelete