Tajuk sajak : Cahaya Tanpa Sempadan
Di ufuk pagi menyingsing harapan,
Langkahmu tenang penuh ketulusan,
Mengajar bukan sekadar pelajaran,
Tapi membentuk jiwa dan insan.
Guru...
Engkaulah pelita yang tak pernah padam,
Dalam gelita, kaulah penyuluh alam,
Biar hujan turun atau mentari kelam,
Kasihmu tetap utuh, tak pernah suram.
Setiap huruf yang kau ukirkan,
Jadi bekal di medan kehidupan,
Setiap teguran dan nasihat diberi,
Tersimpan rapi dalam sanubari.
2025 kini menjelang tiba,
Dunia berubah, teknologi diguna,
Namun jasamu tetap sama,
Menjadi tunggak nusa dan bangsa.
Wahai guru, permata berharga,
Tiada ganti, tiada bandingannya,
Selamat Hari Guru kami ucapkan,
Dengan penuh kasih dan penghargaan.
_____________________________________________________________________________
Tajuk Sajak: "Terima Kasih, Cikgu"
Di awal langkah kecilku,
Aku hanya tahu diam dan memandang,
Abjad sanagat asing di mataku,
Huruf yang tidak aku kenali.
Tapi cikgu datang penuh sabar,
Dengan senyum dan kasih sayang,
Diajariku huruf demi huruf,
Diajariku tanpa jemu.
Cikgu,
Kini aku tahu membaca cerita,
Menulis nama ayah dan ibu di kertas pertama,
Kerana cikgulah bintang penunjuk arah,
Yang tak pernah lelah menyiram ilmu.
Bukan emas, bukan permata,
Yang mampu kuhadiahkan buat cikgu tercinta,
Hanya doa dan kata tulus dari dada:
“Terima kasih cikgu, kerana sudi mendidik saya.”
CIKGU NORAINI OTHMAN
SK SRI AMAN
16 MEI 2025
0 Comments