Cikgu Norr
Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr

CERPEN "GURUKU INSPIRASIKU”



GURUKU INSPIRASIKU

Di sebuah kampung yang damai, terdapat sebuah sekolah rendah bernama SK Seri Kasih. Di situlah seorang guru bernama Cikgu Zahra mengajar mata pelajaran Bahawalpur Melayu murid-murid Tahun 5. Beliau bukan sahaja mengajar membaca dan menulis, tetapi juga mengajar tentang erti kasih sayang dan hormat.

Namaku Amir dan aku salah seorang murid dalam kelas yang di ajar oleh Cingular Zahra. Dulu, aku bukan murid yang rajin dan pandai. Setiap hari, aku datang lewat ke sekolah, tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Aku juga suka mengganggu kawan-kawan yang lain. Tapi semuanya berubah kerana seorang insan yang bernama Cikgu Zahra.




Pada suatu hari, aku datang ke sekolah tanpa membawa buku. Aku duduk diam, tunduk dan takut dimarahi. Tapi, Cikgu Zahra tidak memarahiku. Sebaliknya, beliau menghampiri dan berkata dengan lembut,

"Amir, cikgu tahu kamu boleh jadi murid yang hebat. Cikgu percaya pada kamu. Mulai esok, mari kita cuba sama-sama, ya?"

Kata-kata itu seperti sinar mentari yang menyinar hatiku yang gelap. Sejak hari itu, aku mula berubah. Aku datang awal ke sekolah, siapkan kerja rumah, dan bantu kawan-kawan yang susah membaca.

Setiap kali aku berjaya menjawab soalan atau membaca dengan lancar, Cikgu Zahra akan tersenyum lebar dan berkata,

"Bagus, Amir! Inilah yang cikgu banggakan!"

Suatu hari, Cikgu Zahra tidak hadir ke sekolah. Kami semua rasa pelik. Hari berganti hari, beliau masih tidak muncul. Kami diberitahu bahawa Cikgu Zahra sedang sakit dan perlu berehat lama.

Kami semua sedih. Untuk menunjukkan penghargaan atas jasa Belau, aku dan rakan-rakan sepakat menulis surat dan melukis gambar potret untuk beliau. Kami hantar semua itu ke rumahnya. Beberapa minggu kemudian, beliau kembali segar dan datang semula ke sekolah.

Air mataku hampir mengalir apabila melihat beliau kembali berdiri di hadapan kelasku, walaupun kelihatan sedikit lemah.

Cikgu Zahra tersenyum dan berkata,

"Kamu semua adalah kekuatan cikgu. Terima kasih kerana terus belajar dan tidak putus asa."

Kini, aku sudah di tingkatan 5 tapi nama Cikgu Zahra tetap terpahat di hatiku. Beliaulah yang mengubah hidupku. Guruku, inspirasiku.


Pengajaran:
Seorang guru bukan sekadar mengajar buku, tetapi mendidik hati dan membentuk masa depan. Hargailah guru kita kerana merekalah pelita yang menerangi jalan hidup kita.



DITULIS OLEH CIKGU NORAINI OTHMAN
TARIKH : 18 MEI 2025
TEMPAT : SK SRI AMAN, PULAU PINANG


Post a Comment

0 Comments