TEMA : HORMAT MENGHORMATI
TAJUK : HORMATI UNDANG-UNDANG JALAN RAYA
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang sangat penting iaitu sikap menghormati undang-undang jalan raya. Kita semua menggunakan jalan raya, sama ada sebagai pejalan kaki, penunggang basikal, penunggang motosikal, atau pemandu kereta. Oleh itu, keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab kita bersama.
Melanggar undang-undang jalan raya seperti memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggang keledar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, atau tidak memberi isyarat sebelum membelok, bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah turut membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Sebagai seorang murid, kita mungkin beranggapan undang-undang jalan raya hanya untuk orang dewasa yang memandu sahaja. Namun, anggapan itu salah sama sekali. Murid-murid juga merupakan pengguna jalan raya seperti sebagai pejalan kaki, penunggang basikal, atau penumpang dalam kenderaan. Oleh itu, memahami dan menghormati undang-undang jalan raya adalah tanggungjawab murid-murid juga demi keselamatan diri dan orang lain.
Bagaimana kita sebagai murid dapat menunjukkan sikap hormat-menghormati terhadap undang-undang jalan raya? Mudah sahaja. Contohnya, sentiasa melintas di lintasan belang, tidak bermain di jalan raya, memakai topi keledar jika menunggang basikal, dan sentiasa mematuhi isyarat lampu isyarat. Apabila kita melakukan perkara ini, kita bukan sahaja menjaga keselamatan diri sendiri, tetapi juga menunjukkan bahawa kita menghormati hak pengguna jalan raya yang lain. Sikap ini mencerminkan kematangan dan rasa tanggungjawab kita sebagai warganegara yang baik.
Mari kita sama-sama menjadi pengguna jalan raya yang bertanggungjawab dan berhemah. Hormati undang-undang jalan raya demi keselamatan kita bersama dan orang tersayang. Ingatlah, jalan raya bukan medan perlumbaan, tetapi tempat kita berkongsi. Semoga dengan sikap hormat-menghormati ini, kita dapat mewujudkan persekitaran jalan raya yang lebih selamat dan harmoni untuk semua. Terima kasih.
Sekian, terima kasih.
0 Comments