Cikgu Norr
Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr

Niat Puasa Sunat Bulan Rejab dan Hukum Menggabungkan Puasa Ganti Dan Puasa Sunat

1 Rejab 1444 Hijriyyah bersamaan 23 Januari 2023.

Pada bulan Rejab, umat Islam digalakkan untuk perbanyakkan ibadah. Ini juga sebagai persediaan untuk menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ialah : 
  • 🍄 Berpuasa
  • 🍄 Memperbanyakkan solat-solat sunat
  • 🍄 Memperbanyakkan membaca al-Qur’an
  • 🍄 Memperbanyakkan bersedekah
  • 🍄 Memperbanyakkan berzikir

Niat puasa sunat Bulan Rejab


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ فِى شَهْرِ رَجَبِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى

Nawaitu sauma ghadin fi syahri rojabi sunnatan lillahi ta’ala

Maksudnya : “Sahaja aku berpuasa sunat pada esok hari di bulan Rejab kerana Allah ta’ala”


Niat ganti puasa Ramadan/ Niat Qadha’ Puasa Ramadan


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya : “Sahaja aku berpuasa pada esok hari kerana menggantikan daripada fardhu Ramadhan kerana Allah Taala”


Waktu niat puasa


Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, untuk menunaikan ibadah puasa Ramadan dan puasa wajib, seseorang perlulah berniat pada malam hari sebelumnya. 

Hukum menggabungkan puasa sunat dan puasa ganti (PuasaQada)


Berdasarkan perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, menyatakan bahawa diharuskan untuk menggabungkan beberapa niat dalam satu puasa sunat, terutama jika perlaksanaan puasa itu kebetulan pada hari-hari yang digalakkan berpuasa, seperti puasa enam syawal, hari-hari putih, Isnin dan Khamis.

Sebahagian ulama’ mensyaratkan supaya digabungkan niat, manakala sebahagiannya tidak, bahkan memadai meniatkannya sebagai puasa sunat secara umum bagi mendapatkan pahala berganda.


Wallahua'lam


Post a Comment

1 Comments